Budak ada autisme lemas dalam tasik
Budak ada autisme lemas dalam tasik
Budak ada autisme lemas dalam tasik
PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemui lemas dalam tasik di sebuah pusat peranginan di Port Dickson petang 24 Mac.
Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian daripada seorang lelaki berusia 44 tahun yang merupakan ahli keluarga mangsa pada kira-kira jam 8.06 malam hari tersebut.
“Kejadian disedari kira-kira jam 3.30 petang di sebuah hotel di Lukut apabila mangsa didapati keluar dari bilik hotel tanpa pengetahuan keluarga.
“Mangsa merupakan kanak-kanak autistik yang berada di tempat tersebut bersama keluarga untuk bercuti.
“Mangsa ditemui lemas dalam tasik oleh kakitangan hotel dan ahli keluarga yang menjalankan pencarian selepas menyedari ketiadaan mangsa di bilik.
“Bedah siasat telah dijalankan jam 10 pagi tadi di Jabatan Forensik Hospital Port Dickson dan punca kematian diakibatkan lemas,” katanya.
Beliau menambah bahawa kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), lapor Kosmo! Online.

