Lebih 150 kanak-kanak dipindah selepas kebakaran di Sembawang Shopping Centre

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 150 kanak-kanak dipindah selepas kebakaran di Sembawang Shopping Centre

Mar 23, 2026 | 8:00 PM

Lebih 150 kanak-kanak dipindah selepas kebakaran di Sembawang Shopping Centre

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Semua kanak-kanak dan guru prasekolah My First Skool selamat dan dibenarkan kembali ke bilik darjah pada sekitar 11.30 pagi.
Semua kanak-kanak dan guru prasekolah My First Skool selamat dan dibenarkan kembali ke bilik darjah pada sekitar 11.30 pagi. - Foto SHIN MIN

Lebih 150 kanak-kanak prasekolah telah dipindahkan pada pagi 23 Mac selepas satu kebakaran berlaku di Sembawang Shopping Centre.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai kebakaran di pusat beli-belah tersebut yang terletak di 604 Sembawang Road, pada sekitar 9.40 pagi.

Kebakaran itu melibatkan alat penggoreng ‘deep fryer’ di sebuah unit di tingkat dua, namun telah dipadamkan oleh sistem renjisan sebelum SCDF tiba, katanya.

Akhbar Lianhe Zaobao melaporkan bahawa kebakaran itu berlaku di Wingstop, sebuah restoran makanan segera yang popular dengan hidangan ayam goreng.

“Apabila dimaklumkan mengenai insiden kebakaran di Sembawang Shopping Centre, kakitangan (prasekolah My First Skool) segera melaksanakan protokol kecemasan dan memindahkan lebih 150 kanak-kanak ke tempat perhimpunan yang ditetapkan di luar pusat membeli-belah,” kata jurucakap prasekolah itu, yang terletak di lantai sama dengan restoran tersebut.

Semua kanak-kanak dan guru yang hadir kemudian kembali ke bilik darjah mereka pada sekitar 11.30 pagi selepas kebenaran diberikan, kata jurucakap itu kepada The Straits Times (ST), sambil menambah bahawa ibu bapa telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Punca kebakaran sedang disiasat, kata SCDF.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg