Pasangan selebriti Malaysia, Fattah Amin dan Amira Othman, selamat menyambut kelahiran anak lelaki pertama mereka yang diberi nama, Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.

Menerusi Instagram miliknya, Fattah memuatnaik gambarnya bersama Jarir pada 24 Jun sekitar jam 10.34 pagi.

Dalam perkongsian tersebut, Fattah, 36 tahun berkata:

“Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan bayi kami jam 6.20 petang semalam (23 Jun).

“Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati Mommy & Daddy.

Ucapan tahniah turut membanjiri ruangan komen daripada rakan-rakan artis serta peminat yang gembira dengan kelahiran tersebut.

Jarir merupakan anak sulung pasangan itu, hasil perkahwinan kedua Fattah Amin dan Amira Othman, yang telah mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025.