Isteri dicekik, dipukul suami gara-gara mengidam ayam gepuk

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Isteri dicekik, dipukul suami gara-gara mengidam ayam gepuk

Mar 17, 2026 | 12:36 PM

Isteri dicekik, dipukul suami gara-gara mengidam ayam gepuk

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Gara-gara mengidam ayam gepuk, isteri dicekik dan diacu pisau oleh suami di sebuah flat di Cheras, Kuala Lumpur, pada 11 Mac.
Gara-gara mengidam ayam gepuk, isteri dicekik dan diacu pisau oleh suami di sebuah flat di Cheras, Kuala Lumpur, pada 11 Mac. - Foto PIXABAY

CHERAS: Hanya kerana mengidam ayam gepuk, seorang wanita dicekik serta diacu pisau oleh suaminya di sebuah flat di Cheras, Kuala Lumpur, pada 11 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Penolong Pesuruhjaya (AC) Mohd Rosdi Daud berkata kejadian itu berlaku sekitar 3.30 petang.

Mangsa berusia 33 tahun itu merupakan seorang suri rumah dan telah dilaporkan berada di rumah mereka di Flat Sri Sabah sebelum meminta suaminya membeli ayam gepuk kerana mengidam.

Bagaimanapun, permintaan tersebut dipercayai mencetuskan pertengkaran apabila lelaki berkenaan bertindak memarahi mangsa selain memaki hamun.

“Suami pengadu memarahi dengan menyebut membela tiga ekor anjing dalam rumah ini dan meminta pengadu untuk masak sendiri.

“Semasa kejadian suami pengadu telah mencekik leher, capai objek (pisau sayur) dan diletakkan di leher pengadu, tampar di bahagian muka dan tumbuk kepala pengadu,” kata AC Rosdi dalam satu kenyataan pada 16 Mac, lapor laman Kosmo.

Katanya lagi, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kanan leher sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur.

“Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” tambah beliau.

Siasatan polis masih dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg