Topik diikuti
Pergi ke BHkuKereta elektrik terbakar di Woodlands, tiada cedera
Kereta elektrik terbakar di Woodlands, tiada cedera
Kereta elektrik terbakar di Woodlands, tiada cedera
Sebuah kenderaan elektrik (EV) terbakar berhampiran laluan masuk ke tempat letak kereta bertingkat di Blok 548 Woodlands Drive 44 pada pagi 21 Julai.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar 10.10 pagi.
Menurut Peta Google, lokasi tersebut terletak berhampiran pusat beli-belah Vista Point.
Pihak SCDF berkata kebakaran yang melibatkan bahagian dalam kenderaan tersebut berjaya dipadamkan menggunakan alat pemadam api.
Tambahnya, tiada sebarang kecederaan yang berlaku dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Sementara itu, rakaman kejadian yang dimuat naik menerusi hantaran kumpulan Facebook ‘Singapore Laughs’ menunjukkan beberapa orang awam berada di sekitar lokasi ketika kebakaran berlaku.
Menurut rakaman itu, api kelihatan telah merebak hingga hampir meliputi keseluruhan kenderaan.
