Kontroversi Celebfest: Betty Rahmad saman usahawan S’pura RM1 juta

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kontroversi Celebfest: Betty Rahmad saman usahawan S’pura RM1 juta

Mar 12, 2026 | 4:27 PM

Kontroversi Celebfest: Betty Rahmad saman usahawan S’pura RM1 juta

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Betty Rahmad mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga Singapura, Alif Adam berkenaan insiden di Celebfest pada 1 Mac.
Betty Rahmad mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga Singapura, Alif Adam berkenaan insiden di Celebfest pada 1 Mac. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK @BETTYRAHMAD

Isu hangat antara selebriti Malaysia, Betty Rahmad, dengan usahawan Singapura, Encik Alif Adam, semakin memuncak apabila Betty memfailkan tuntutan saman berjumlah RM1 juta ($324,417) terhadap Alif pada 11 Mac 2026.

Melalui hantaran gambar di media sosial yang menunjukkan dirinya di pejabat peguam, Betty menyatakan bahawa insiden yang berlaku lebih seminggu lalu tidak boleh dibiarkan.

Hal ini menyusuli kekecohan di media sosial di mana Encik Alif, pengasas Waistlab - jenama produk pembentuk pinggang - memuat naik video yang mendakwa Betty bersikap biadab terhadap pekerjanya di reruai Celebfest@Ramadan 2026 pada 1 Mac di Pusat Konvensyen Suntec.

Video itu, yang telah ditonton kira-kira 3 juta kali, menunjukkan Encik Alif, menceritakan kejadian yang berlaku lalu mendakwa bahawa Betty datang ke reruainya bersama seorang rakan dan menjerit kepada pekerja, “I want this!” tatkala menginginkan produk tertentu.

Dalam hantarannya di Instagram pada 11 Mac, Betty berkata:

“Semakin lama dibiarkan, semakin banyak cerita dan tuduhan yang tidak berasas. Diam tidak bermaksud saya rela diri dipijak.”

Beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak peguam demi menjaga maruah diri dan agama.

Dihubungi Berita Harian (BH), Encik Alif mengesahkan bahawa beliau menerima e-mel dari pihak peguam pada pagi 11 Mac, yang merupakan Notis Tuntutan Kenyataan Fitnah terhadapnya.

Dalam notis tersebut, Encik Alif diminta untuk menarik semua kenyataan yang tidak benar dan fitnah, membuat video permohonan maaf, serta membayar ganti rugi RM1 juta bagi kerosakan terhadap status, reputasi, maruah, imej, serta tekanan psikologi dan emosi yang dialami Betty.

Ketika dihubungi BH, pihak penganjur Celebfest menyatakan mereka sedar tentang insiden tersebut.

Pengarah Celebfest, Encik Hadi Sahari, berkata:

“Memandangkan ini adalah perkara yang melibatkan kedua-dua individu terbabit, kami percaya adalah lebih wajar bagi pihak yang terlibat untuk menangani dan menyelesaikan perkara ini secara langsung antara mereka.

“Pada masa ini, kami tidak berada dalam kedudukan untuk memberi komen mengenai butiran khusus tentang pertikaian tersebut. Walau bagaimanapun, kami tetap komited untuk memastikan semua peserta, pameran, dan pengunjung dapat mengalami persekitaran yang selamat, penuh hormat dan profesional semasa acara kami.”

Encik Hadi menambah bahawa walaupun insiden ini melibatkan pihak peribadi, pihak penganjur mengambil serius sebarang situasi yang boleh menjejaskan pengalaman peserta dan pengunjung.

Celebfest merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pelbagai perniagaan kecil, jenama, dan personaliti terkenal di bawah satu bumbung.

Seorang saksi dan pembeli, Cik Nurhidayu Ali, 40 tahun, yang berada di reruai Waistlab pada waktu kejadian, memberitahu BH bahawa suasana di reruai Waistlab agak sibuk.

Banyak pembeli memerlukan perhatian dan beliau melihat hanya ada dua pekerja yang melayan pelanggan.

BH telah cuba menghubungi Betty melalui akaun Instagramnya, tetapi Betty membalas bahawa beliau tidak dapat memberikan komen kerana perkara ini sedang ditangani peguamnya.

“Saya tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut buat masa ini. Saya harap anda memahami,” tulisnya.

Sebelum ini, pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima menganggap dakwaan terhadap adiknya, Betty, bersikap biadab terhadap pekerja di bazar Singapura sebagai ‘tidak masuk akal’, apatah lagi dilakukan pada bulan Ramadan.

Menjawab pertanyaan media di Malaysia dan saranan ramai untuk menyaman Alif, Erma berkata:

“Budak yang saya tak tahu siapa, asal usul dia pun saya tak tahu, sebab itu saya tak mahu beri sebarang kenyataan atau komen… ada juga yang minta saya saman, tapi bagi saya, tak berbaloi.

“Jadi, bagi pendapat saya, dia bukan setaraf saya untuk saya bercakap fasal dia. Maaf, bunyi macam kurang ajar tapi dia yang patut belajar beradab,” ujarnya lagi.

Bercakap kepada BH sebelum ini, Encik Alif berkata beliau hanya mampu beristighfar apabila membaca respons tersebut.

“Kata Erma Fatima saya bukan setaraf dengannya.

“Sejujurnya saya rasa tersinggung. Ini tidak ada kena mengena dengan pencapaian seseorang dalam hidup, ini hanya memburukkan keadaan,” kata Alif yang jelas terkejut dengan kenyataan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg