Masjid Sultan perjelas isu berkenaan pembesar suara dimatikan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid Sultan perjelas isu berkenaan pembesar suara dimatikan

Siaran solat tarawih dimatikan pada 10 malam kerana hormati jiran sekeliling
Mar 5, 2026 | 3:53 PM

Masjid Sultan perjelas isu berkenaan pembesar suara dimatikan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Masjid Sultan, solat tarawih, pembesar suara masjid
Masjid Sultan mengeluarkan kenyataan pada 4 Mac bagi menafikan dakwaan diarahkan untuk mematikan siaran pembesar suara selepas lapan rakaat solat tarawih. - Foto fail

Masjid Sultan menafikan dakwaan ia diarahkan untuk mematikan siaran pembesar suara luar masjid itu selepas lapan rakaat solat tarawih semasa Ramadan “agar tidak mengganggu kegiatan di Kampong Gelam”.

Pada 4 Mac, masjid yang terletak di Muscat Street itu mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan tersebut sebagai tidak tepat dan menjelaskan bahawa pembesar suara luar dimatikan pada 10 malam sebagai menghormati jiran sekeliling.

Dalam kenyataan di Facebook, pihak Masjid Sultan merujuk kepada catatan dalam talian yang mendakwa masjid itu “diarahkan untuk matikan pembesar suara yang menyiarkan solat tarawih selepas lapan rakaat agar tidak mengganggu kegiatan di Kampong Gelam”.

“Kami ingin menjelaskan dakwaan itu tidak tepat.

“Masjid Sultan terus menjalankan semua program keagamaan mengikut garis panduan yang ditetapkan serta mengambil kira kesejahteraan masyarakat sekitar.

“Sehubungan itu, pembesar suara luar dimatikan pada 10 malam sebagai tanda hormat terhadap penduduk berhampiran.

“Masjid Sultan kekal komited menegakkan saling hormat, keharmonian, dan semangat kejiranan.”

Masjid tersebut juga menggalakkan orang ramai untuk mengesahkan maklumat melalui sumber yang rasmi sebelum menyebarkan sebarang dakwaan serta mengingati semua pihak agar berhati-hati dan bertanggungjawab dalam penyebaran maklumat.

Pengguna yang membuat dakwaan itu telah memohon maaf melalui satu hantaran di Facebook pada hari sama masjid mengeluarkan kenyataan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg