Tarawih, tarian singa serentak di blok HDB; netizen puji warga S’pura hidup harmoni

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tarawih, tarian singa serentak di blok HDB; netizen puji warga S’pura hidup harmoni

Feb 24, 2026 | 2:21 PM

Tarawih, tarian singa serentak di blok HDB; netizen puji warga S’pura hidup harmoni

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
tarawih, tarian singa, warga Singapura hidup harmoni
Tular sebuah video di TikTok menunjukkan jemaah yang melakukan solat tarawih di kolong blok yang dipercayai di Bedok, sedang satu persembahan tarian singa pula berlangsung di tingkat atas secara serentak. - GAMBAR TANGKAP LAYAR TIKTOK/@MUZAN

Di kolong blok di sebuah estet di Singapura, sekumpulan penduduk Islam baru-baru ini dilihat menunaikan solat tarawih pada bulan Ramadan, dan di tingkat atas pula, satu persembahan tarian singa diadakan sempena Tahun Baru Cina.

Suasana tersebut dirakam dalam satu video TikTok yang meraih 41 juta tontonan hingga kini, memaparkan rentak gegendang tarian singa yang dilihat berlangsung serentak dengan suasana tenang dan tertib jemaah menunaikan solat tarawih.

Momen itu menjadi lebih signifikan memandangkan pada tahun ini, sambutan Ramadan dan Tahun Baru Cina bertindih, sekali gus mencerminkan realiti kehidupan masyarakat majmuk di Singapura.

Tanpa mencetuskan sebarang perbalahan, rakaman tersebut sebaliknya meraih pujian meluas dalam talian, dengan ramai warganet menyifatkannya sebagai simbol keharmonian yang unik di Singapura.

Perbezaan dua suasana itu menarik perhatian ramai dengan reaksi yang diterima rata-ratanya positif dalam kalangan netizen.

Di ruangan komen, ramai pengguna media sosial menekankan bahawa kededua aktiviti berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

View post on TikTok

“Dan kededua pihak teruskan seperti biasa. Ini menunjukkan bagaimana kita boleh hidup bersama dalam harmoni,” tulis seorang pengguna bernama ‘Leladelala956’.

Seorang lagi berkongsi pandangan: “Sejujurnya, ini satu pemandangan yang indah. Contoh terbaik bagaimana rakyat negara kita hidup bersama dan saling memahami budaya antara satu sama lain. Kita menghargai kepelbagaian budaya. Jangan timbulkan perkara yang tidak perlu”.

Rata-rata komen menggambarkan rasa bangga terhadap kepelbagaian budaya yang wujud dalam masyarakat, serta keupayaan komuniti berbeza untuk berkongsi ruang dengan penuh rasa hormat dan toleransi.

Ada juga yang meluahkan rasa teruja menantikan “Kongsi Raya” atau “Gongxi Raya” – istilah yang merujuk kepada tahun di mana sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada tarikh berdekatan atau serentak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg