SPH Logo mobile
Langgan|

Pekerja binaan mula kerja dengan rutin senaman di Tanjong Katong

Pekerja binaan mula kerja dengan rutin senaman di Tanjong Katong

Feb 2, 2026 | 4:01 PM

Pekerja binaan mula kerja dengan rutin senaman di Tanjong Katong

Video yang dimuat naik di TikTok telah meraih lebih 145,000 tontonan dengan komen netizen yang rata-rata memuji disiplin pekerja-pekerja tersebut.
Video yang dimuat naik di TikTok telah meraih lebih 145,000 tontonan dengan komen netizen yang rata-rata memuji disiplin pekerja-pekerja tersebut. - FOTO TANGKAP LAYAR TIKTOK/AGATAINSINGAPORE

Satu klip video memaparkan sekumpulan pekerja binaan melakukan senaman regangan pagi di tapak pembangunan Amber House di Tanjong Katong menjadi tular, sekali gus mencuit hati netizen.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok ‘agatainsingapore’ pada 31 Januari, kelihatan puluhan pekerja berdiri dengan tangan di pinggang sambil memusingkan badan untuk melakukan regangan.

Pengguna tersebut menulis bahawa para pekerja memulakan rutin regangan mereka tepat pada jam 8 pagi setiap hari.

“Kita semua perlukan sikap seperti ini,” tambahnya, menurut Stomp.

Klip berkenaan, yang diberi kapsyen ‘Pekerja binaan tahu cara memulakan hari dengan betul’ telah meraih lebih 145,000 tontonan serta 81 komen setakat ini.

Prosedur keselamatan kerja yang betul

Ramai warganet menyambut baik tabiat yang disifatkan sebagai amalan keselamatan yang baik pekerja itu sebelum mereka memulakan kerja fizikal yang mencabar.

Seorang pengguna turut menyifatkan rutin tersebut serupa dengan apa yang diamalkan semasa Perkhidmatan Negara.

“Ini adalah prosedur keselamatan kerja yang betul!” tulis seorang lagi pengguna di ruang komen.

Pengguna yang lain pula menekankan bahawa senaman regangan dapat membantu mencegah kecederaan, terutamanya memandangkan para pekerja kerap mengendalikan beban yang berat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg