Peniaga bazar tertekan, stok lewat tiba singkatkan tempoh jualan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peniaga bazar tertekan, stok lewat tiba singkatkan tempoh jualan

Mar 18, 2026 | 3:18 PM

Peniaga bazar tertekan, stok lewat tiba singkatkan tempoh jualan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Barang-barang Propstore yang diimport untuk dijual di bazar hanya tiba di Singapura pada 10 Mac, kurang dua minggu sebelum Hari Raya.
Barang-barang Propstore yang diimport untuk dijual di bazar hanya tiba di Singapura pada 10 Mac, kurang dua minggu sebelum Hari Raya. - Foto Ihsan FATIMAH MOHSIN

Beberapa peniaga bazar meluahkan kebimbangan berhubung kelewatan penghantaran, yang memaksa mereka tergesa-gesa menjual produk dalam tempoh kira-kira seminggu berbanding kebiasaan sebulan.

Menurut usahawan dan peniaga bazar, Cik Fatimah Mohsin, yang turut terjejas, gangguan itu berpunca daripada musim Tahun Baru Cina yang bertembung dengan permulaan Ramadan, sekali gus menjejas jadual penghantaran.

“Ini bukan masalah lewat membuat tempahan, sebaliknya tempahan terjejas akibat musim perayaan Cina pada awal Ramadan,” kata beliau.

Barang-barangnya yang sepatutnya dijual di reruai Propstore, sebuah kedai menjual barangan perhisasan rumah, hanya tiba di Singapura pada 10 Mac, iaitu kurang dua minggu sebelum Hari Raya.

“Mujur barangan tersebut bukan makanan, namun saya kini mempunyai masa yang sangat singkat untuk menjual stok yang baru diterima,” katanya.

Sebelum ini, beliau beroperasi di bazar Kampong Gelam, dan kini di City Plaza selain restorannya, 555 Busking Halal Thai yang terletak di Teluk Paku Road.

Tambah beliau, pada awal Ramadan, terdapat juga peniaga yang terpaksa membatalkan rancangan untuk berniaga selepas mendapati barangan mereka tidak sampai, sekali gus mengalami kerugian.

“Sebagai peniaga bazar, kami tidak boleh membuat tempahan terlalu awal kerana akan menanggung kos penyimpanan di gudang. Namun jika itu lebih baik, nampaknya tahun hadapan kami perlu bersedia untuk mengeluarkan kos tersebut,” ujar Cik Fatimah.

Beliau turut menasihatkan para peniaga agar membuat persediaan lebih awal, sambil memberi amaran bahawa situasi sama berkemungkinan berulang pada tahun akan datang.

Berita Harian (BH) telah menghubungi seorang lagi peniaga yang menerima barangannya 10 hari lewat daripada yang dijadualkan.

Namun, beliau yang enggan mendedahkan identitinya, sempat menjual dan menepati permintaan pelanggan dan enggan berkongsi butiran lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg