Berita Netizen
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penjaja beriani di Tiong Bahru: Saya tidak pernah dipermainkan sebegini

Sep 11, 2025 | 7:41 PM
Gerai beriani di Tiong Bahru mendapat pesanan sebanyak 150 pek beriani, tetapi orang yang membuat tempahan tidak mengambilnya.
Gerai beriani di Tiong Bahru mendapat pesanan sebanyak 150 pek beriani, tetapi orang yang membuat tempahan tidak mengambilnya. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK/Muhammad Shazain Faiha Muslim Food Paradise

Seorang penjaja gerai terpaksa meminta bantuan orang ramai apabila pesanan sebanyak 150 bungkusan beriani ayam dan kambing tidak diambil oleh pemanggil yang membuat pesanan.

Muhammad Shazain Faiha Muslim Food Paradise, sebuah gerai penjaja di Tiong Bahru Market, mendapat panggilan pada pagi 8 September daripada seorang lelaki yang mengaku beliau pekerja Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Apabila dihubungi Berita Harian, pemilik gerai itu, Syed Ibrahim Sha, 38 tahun, mengimbau kejadian itu dengan nada kesal.

“Saya menerima panggilan untuk tempahan itu pada pagi 8 September dan orang itu berhubung dengan saya melalui panggilan dan kemudian menyambung melalui aplikasi pemesejan whatsapp.

“Pada 9 September, saya sekali lagi mengesahkan pesanannya, kerana perlu menyiapkan sebanyak itu, dan beliau memberi jaminan,” kata Syed Ibrahim.

Pada keesokan harinya, Syed Ibrahim mula memasak, dan sempat menghantarkan gambar dan video prosesnya kepada pemesan itu. Beliau juga meminta pemesan itu mengambil makanannya lebih awal, 11.30 pagi (pesanan untuk 1.30 tengah hari) kerana kedainya akan mula sibuk pada tengah hari nanti.

“Pada 11 pagi, orang itu lesap dan tidak menjawab panggilan, ataupun mesej yang saya hantar,” kata pemilik gerai yang sudah beroperasi selama sembilan tahun.

Keluarganya menjalankan perniagaan sejenama di Holland Village.

“Saya pernah terima pesanan lebih banyak dari ini, malah sehingga $14,000. Saya tidak mengambil wang pendahuluan kerana saya kenal orangnya, tetapi kali ini adalah kali pertama saya dipermainkan sebegini.”

Syed Ibrahim juga mengaku beliau percaya kepada pemanggil yang mengaku bekerja dengan SAF dan tidak dapat mengeluarkan wang pendahuluan oleh kerana beliau membuat pesanan dari pihak tentera.

“Saya percaya kerana dia kata dia kerja dengan SAF.”

“Dia juga minta saya tambah daging, dan air mineral untuk pesanan itu, menjadikan harganya $10 setiap set. Saya fikir orang tentera pasti makan banyak, saya tambahkan juga nasinya,” kata Syed Ibrahim yang biasanya menjual berianinya pada harga $7.50 (beriani kambing) dan $7.00 (beriani ayam).

Setelah menyedari beliau mungkin tertipu, Syed risau nasi-nasinya akan terbuang.

Beliau juga telah membuat laporan polis berkenaan kejadian itu.

“Saya cuba menjualnya kepada pelanggan saya dengan harga murah ($5 sepaket), dan menceritakan hal yang terjadi kepada dua pemuda yang datang untuk membeli. Merekalah yang membantu saya untuk memuat naik kisah saya di Facebook, dan menyebarkannya dengan pautan-pautan tertentu.”

Pautan-pautan itu termasuk ke akaun Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar, Encik Foo Cexiang dan Tiong Bahru Market & Hawker Centre, dan laman kejiranan Tiong Bahru.

“Mujur ada mereka, kerana saya sendiri tak tahu gunakan Facebook. Tindakan itu membantu saya kerana Encik Foo dengan cepat menghulurkan bantuan dengan membeli 80 paket dari saya untuk diberikan kepada keluarga susah di kejiranan ini,” terang Syed Ibrahim yang dibantu isterinya di gerai.

“Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pengadu, kami mendapati tiada bukti bahawa individu-individu ini ada kaitan dengan SAF,” katanya.

“Kami memandang serius perkara ini, dan menggesa orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada polis.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg