Topic followed successfully
Go to BHkuPeraduan kucing beraya dan ‘terpaling glamor’ BH
Peraduan kucing beraya dan ‘terpaling glamor’ BH
Hadiah menarik termasuk sesi dandanan kucing eksklusif oleh Cats Garage, penginapan satu malam di banglo mesra kucing oleh CSC @ Changi II
Peraduan kucing beraya dan ‘terpaling glamor’ BH
Ada yang mengenakan tanjak, ada pula yang berbaju Melayu.
Itulah antara gaya yang ditampilkan kucing kesayangan pembaca Berita Harian (BH) dalam Peraduan ‘Kucing Terpaling Glamour’, anjuran ruangan Mata-mata.
Mata-mata merupakan wadah baru BH yang memaparkan berita netizen serta kisah tular.
Sejak dilancarkan pada 17 Mac lalu, peraduan tersebut menerima lebih daripada 30 penyertaan.
Peraduan bakal ditutup pada 15 April.
Bagaimanakah pemenang dipilih?
Selepas tarikh tutup, panel BH akan menyenarai pendek lima gambar kucing terbaik untuk mara ke peringkat akhir.
Juara kemudian akan ditentukan melalui undian terbuka oleh orang ramai di wadah Instagram BH.
Hadiah menarik menanti anda
Hantar gambar dan setiap penyertaan yang sah akan menerima baucar $35 untuk setiap dandanan, ditaja oleh Cats Garage.
Juara (Tempat Pertama): Selain pakej dandanan Elit, juara bakal menikmati pakej penginapan satu malam di chalet banglo mesra kucing kendalian Civil Service Club di Changi II.
Pemenang kedua dan ketiga juga akan menerima baucar pakej dandanan daripada Cats Garage.
Syarat dan cara penyertaan
1. Penyertaan amat mudah, namun sila ambil perhatian bahawa penggunaan gambar janaan kecerdasan buatan (AI) adalah dilarang sama sekali.
2. Penyertaan yang melanggar syarat akan dibatalkan serta-merta.
3. Hantarkan gambar kucing comel anda beraya ke WhatsApp di nombor 9769-9414 (Mata-Mata BH), atau e-mel ke bhmata@sph.com.sg.
Terma dan syarat
Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk terikat dan mematuhi terma dan syarat di bawah (“T&Cs”).
Penerangan Peraduan: Peraduan ‘Kucing Beraya Terpaling Glamor’ dengan hadiah penginapan percuma dua hari satu malam di Civil Service Club @Changi II dan/atau satu sesi Dandanan Elit oleh Cats Garage, anjuran Mata-mata (Berita Harian) berlangsung dari 17 Mac 2026 hingga 16 April 2026.
Seorang pemenang akan dipilih berdasarkan penyaringan juri dan pemilihan pemenang akan berdasarkan keputusan undian di laman Instagram Berita Harian Singapura.
Kelayakan: Peraduan terbuka hanya kepada mereka yang menetap di Singapura. Peserta (Pemilik kucing) mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun atau lebih pada masa penyertaan, dan memiliki akaun Instagram peribadi. Kakitangan SPH Media Limited dan syarikat berkaitannya (“Kumpulan SPH”) dan ahli keluarga terdekat mereka tidak layak mengambil bahagian. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan tetapi pemenang hanya boleh menerima satu hadiah (penginapan dua hari satu malam di Civil Service Club @ Changi II dan/atau satu sesi Dandanan Elit oleh Cats Garage).
Hak Cipta: Semua hak cipta dan hak harta intelek lain dalam dan kepada bahan yang diserahkan hendaklah terletak hak sepenuhnya dan mutlak pada SPH Media Limited tanpa pampasan selanjutnya. Setakat maksimum yang dibenarkan di bawah undang-undang, setiap peserta dengan ini mengetepikan hak moralnya dalam dan kepada semua bahan tersebut yang memihak kepada SPH Media Limited. BH berhak untuk menggunakan mana-mana cerita peraduan di akhbar penerbitan kami, laman web dan saluran media sosial serta lain-lain platform yang dimiliki atau dikendalikan oleh SPH Media sebaik sahaja cerita telah dihantar ke peraduan melalui hantaran WhatsApp atau e-mel ke Berita Harian.
Hadiah bagi Juara: (1) Hadiah penginapan dua hari satu malam di Civil Service Club @ Changi II bernilai $$761.81 dan (2) Satu sesi Dandanan Elit oleh Cats Garage bernilai $183.
Pemenang dikehendaki mematuhi terma dan syarat tambahan penaja hadiah tersebut. Hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah milik, ditukar atau ditebus dengan wang tunai.
BH berhak, pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan, menarik balik, menambah atau mengubah mana-mana hadiah yang ditawarkan tanpa memberitahu peserta.
Pemilihan pemenang, pemberitahuan dan kutipan hadiah: BH akan menghubungi pemenang melalui E-mel, atau WhatsApp. E-mel pengesahan akan dihantar kepada pemenang seterusnya, dengan disertakan borang pengakuan dan kebenaran. Jika pemenang membenarkan orang lain mengambil hadiah bagi pihak mereka, mereka perlu mengisi borang kebenaran. Pemenang perlu mengemukakan e-mel pengesahan/NRIC kepada di pejabat SPH dan menandatangani Borang Pengakuan sebelum mereka boleh menerima hadiah mereka.
Urusan lain: Peraduan ini tidak ditaja, disokong atau ditadbir oleh, atau lain-lain yang dikaitkan dengan Instagram, Inc. Peserta mesti memahami bahawa mereka memberikan maklumat mereka kepada BH dan bukan kepada Instagram. BH berhak untuk mengubah suai peraduan atau mana-mana tarikh atau tarikh akhir yang ditetapkan dalam peraturan rasmi ini atau sebaliknya mengawal peraduan.
Baca terma dan syarat lain: https://www.sph.com.sg/terms-and-conditions/online-contests/

