Hidup dalam masyarakat berbilang bangsa seperti di Singapura, bererti lidah kita akan sentiasa ‘dimanjakan’ dengan pelbagai jenis makanan yang memiliki sejarah yang menarik.
Namun lebih daripada mengisi perut, makanan juga boleh menyatukan masyarakat majmuk dan menjadi sebahagian daripada memori indah.
Seperti dalam gambar yang dikirim oleh Encik Djohan Abdul Rahman, yang menukil kenangan bersama guru-guru di Pejabat Bahasa Ibunda Sekolah Menengah Changkat Changi pada 18 Julai.
Para guru dari pelbagai bangsa telah berkumpul mengenakan pakaian tradisional sambil menikmati thosai, sempena Hari Keharmonian Kaum.
Agak-agak makan apa pada Hari Keharmonian Kaum tahun hadapan pula? Pesta nasi ambeng pun sedap rasanya!
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg