Sambut semangat Hari Kebangsaan sepanjang Ogos

Aug 13, 2024 | 8:38 PM
Para penonton menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan di Padang pada 9 Ogos 1973.
Para penonton menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan di Padang pada 9 Ogos 1973. - Foto fail

Ogos merupakan bulan yang cukup istimewa buat rakyat Singapura kerana menyambut Hari Kebangsaan pada 9 Ogos.

Bagi memperingati hari kita mencapai kemerdekaan, mata-mata mengajak anda berkongsi kenangan menyambut Hari Kebangsaan atau semangat patriotik bersama dengan pembaca lain dalam peraduan bulanan kali ini.

Pembaca boleh berkongsi gambar kenangan yang mempunyai kaitan dengan tema Hari Kebangsaan atau apa sahaja yang melambangkan kenegaraan.

Misalnya, gambar menonton Perbarisan Hari Kebangsaan atau pengalaman anda sendiri berbaris atau membuat persembahan semasa perbarisan itu.

Tiga pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik!

Gambar-gambar yang akan disumbang perlu dipastikan milik anda dan individu dalam gambar harus sebaiknya dikenal pasti dan diberikan namanya. 

Kami menerima apa sahaja foto - yang baru mahupun lama. 

Ayuh kirimkan foto anda sekarang!

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg