Seorang Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) polis berusia 23 tahun ditemui dengan kesan tembakan di lehernya di 328 Pasir Panjang Road pada 15 Oktober.
Menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) kepada Berita Harian (BH), beliau ditemui rakan setugasnya dalam keadaan bersendirian di dalam tandas sekitar 9 malam.
Lelaki tersebut, yang sedang bertugas ketika kejadian itu berlaku, telah dibawa ke hospital dalam keadaan sedar.
Pistol perkhidmatan dan baki pelurunya telah diperiksa dan dirampas di lokasi kejadian.
Tiada individu lain yang cedera.
Berdasarkan siasatan awal, kecederaan tersebut dipercayai berpunca daripada tembakan diri sendiri, dan polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah.
Alamat di mana lelaki itu ditemui merupakan lokasi sebuah stesen minyak Shell, lapor akhbar The Straits Times (ST).
Siasatan polis masih dijalankan.
Talian bantuan
KESEJAHTERAAN MENTAL
• Talian bantuan nasional: 1771 (24 jam) / 6669-1771 (melalui WhatsApp)
• Samaritans of Singapore: 1767 (24 jam) / 9151-1767 (CareText 24 jam melalui WhatsApp)
• Persatuan Kesihatan Mental Singapura: 1800-283-7019
• Reben Perak Singapura: 6386-1928
• Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Belia, Chat: 6493-6500/1
• Talian bantuan wanita (Aware): 1800-777-5555 (setiap hari biasa, 10 pagi hingga 6 petang)
• Talian bantuan warga emas: 1800-555-5555 (setiap hari biasa, 9 pagi hingga 5 petang)
KAUNSELING
• TOUCHline (Kaunseling): 1800-377-2252
• Talian TOUCH Care (untuk penjaga): 6804-6555
• Pusat Penjagaan dan Kaunseling: 6536-6366
• Khidmat Masyarakat We Care: 3165-8017
• Pusat Kaunseling Shan You: 6741-9293
• Clarity Singapore: 6757-7990
SUMBER DALAM TALIAN
• mindline.sg/fsmh
• eC2.sg
• tinklefriend.sg
• chat.mentalhealth.sg
• carey.carecorner.org.sg (untuk umur 13 hingga 25)
• limitless.sg/talk (untuk umur 12 hingga 25)
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg