Rakan pejabat raikan hari terakhir bekerja

Aug 15, 2024 | 4:58 PM
Cik Siti Adawiah Bte Hamdi (dua dari kiri) bergaya dengan rakan-rakan kerjanya.
Cik Siti Adawiah Bte Hamdi (dua dari kiri) bergaya dengan rakan-rakan kerjanya. - Foto ihsan oleh Cik Siti Adawiah Hamdi

Cik Siti Adawiah Hamdi telah merakamkan hari terakhirnya di syarikat tempat beliau bertugas selama 24 tahun.

Dalam kiriman foto hari terakhir kerjanya itu, Cik Siti Adawiah berkata gambar beliau dengan rakan-rakannya diambil pada 26 Julai lalu di pejabat Thermo Fisher, sebuah syarikat bidang penyelidikan sains hayat dan klinikal.

Mesti banyak asam garam kehidupan yang sudah dilalui Cik Siti Adawiah sepanjang perjalanan kerjayanya. Semoga Cik Siti Adawiah sentiasa sihat dan menikmati persaraannya bersama keluarga dan orang tersayang!

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg