Syed Saddiq, Bella Astillah nikah Syawal ini?

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syed Saddiq, Bella Astillah nikah Syawal ini?

Mar 19, 2026 | 2:30 PM

Syed Saddiq, Bella Astillah nikah Syawal ini?

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Encik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin hangat diperkatakan di media sosial.
Hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Encik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin hangat diperkatakan di media sosial. - Foto INSTAGRAM SYEDSADDIQ

KUALA LUMPUR: Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Encik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin hangat diperkatakan di media sosial.

Isyarat yang dilihat daripada beberapa rakan selebriti seolah-olah membuka tirai rahsia, mencetuskan tanda tanya dan menimbulkan debaran dalam kalangan peminat serta netizen yang teruja menantikan berita gembira itu.

Rakan artis seperti Ben Ali menarik perhatian ramai apabila meninggalkan komen di hantaran Instagram Bella bertulis: “Tak sabarnya nak tunggu seminggu selepas raya.”

Situasi itu terus menambahkan spekulasi bahawa hari bahagia pasangan itu mungkin semakin hampir.

Selain itu, ketika menghadiri Absolut Bazaar di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertanyakan kepada Bella mengenai jemputan yang dikatakan masih belum diterima. Bella hanya membalas ringkas:

“Insya-Allah.”

Spekulasi semakin rancak apabila segelintir netizen mendakwa abang kepada Encik Syed Saddiq, dikenali sebagai Space Dollah, turut dilihat membuat persiapan pakaian berwarna kuning untuk satu acara penting yang dikatakan bakal berlangsung pada 28 Mac ini.

Sebelum ini, Bella sering mengelak memberikan sebarang jawapan mengenai status hubungannya dengan Encik Syed Saddiq, termasuk dakwaan bakal bernikah, ketika ditemu bual media.

Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum disahkan bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrian dan Ara Adreanna. - Berita Harian Malaysia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg