Tapir Malaya terancam ditemui di Defu; NParks nasihat jangan dekati atau beri makan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tapir Malaya terancam ditemui di Defu; NParks nasihat jangan dekati atau beri makan

Feb 3, 2026 | 11:39 AM

Tapir Malaya terancam ditemui di Defu; NParks nasihat jangan dekati atau beri makan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Tapir Malaya diklasifikasikan sebagai terancam oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), yang bermaksud spesies ini berisiko tinggi untuk pupus di habitat liar.
Tapir Malaya diklasifikasikan sebagai terancam oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), yang bermaksud spesies ini berisiko tinggi untuk pupus di habitat liar. - Foto ST oleh LIM YAOHUI

Seekor tapir Malaya yang jarang ditemui telah dikesan pada awal pagi 2 Februari di kawasan perindustrian Defu berhampiran Paya Lebar.

Keadaannya kini sedang dipantau oleh pihak berkuasa.

Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), pengarah kumpulan pengurusan hidupan liar di Lembaga Taman Negara (NParks), Encik How Choon Beng, berkata pihaknya menyedari tentang penampakan haiwan tersebut dan sedang memantau situasi.

Beliau berkata:

“Jika orang awam terserempak dengan tapir tersebut, sila kekal tenang dan senyap, serta elakkan membuat pergerakan secara tiba-tiba.

“Jangan cuba mendekati atau memberi makan kepada haiwan itu. Kekalkan jarak yang selamat dan jangan mengepung atau memprovokasinya, contohnya dengan menggunakan lampu kilat semasa mengambil gambar.”

Tapir Malaya kebanyakannya ditemui di Semenanjung Tanah Melayu, dengan anggaran populasi kurang daripada 3,000 ekor.

Ia diklasifikasikan sebagai haiwan terancam oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), yang bermaksud spesies ini berisiko tinggi untuk pupus di habitat liar.

Encik How juga berkata penampakan tapir di Singapura adalah jarang berlaku.

Penampakan paling terkini sebelum ini adalah di Pulau Ubin pada akhir 2025, di mana imej haiwan tersebut dirakam melalui kamera pengesan.

Pada 2023 pula, seekor tapir telah dikesan di kawasan Lorong Halus berhampiran Pasir Ris.

Seekor lagi dilihat di Pulau Ubin pada 2024.

Penampakan tapir di Defu ini kali pertama dilaporkan oleh portal dalam talian Mothership.

Sesiapa yang melihat tapir tersebut boleh melaporkan penampakan itu dengan menghubungi Pusat Tindak Balas Haiwan NParks yang beroperasi 24 jam di talian 1800-476-1600.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg