Berita Netizen
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita misteri tolak kereta sorong bayi di KJE pada 2.30 pagi

Nov 18, 2025 | 11:30 AM
Seorang wanita dirakam sedang menolak kereta sorang bayi pada 2.30 pagi di Ekspreswe Kranij (KJE).
Seorang wanita dirakam sedang menolak kereta sorang bayi pada 2.30 pagi di Ekspreswe Kranij (KJE). - Foto tangkap layar FACEBOOK/ROADS.SG

Seorang wanita dilihat berjalan di sepanjang Ekspreswe Kranji (KJE) pada waktu malam sambil menolak kereta sorong bayi, dan beberapa orang awam mendakwa beliau biasanya kelihatan pada waktu pagi.

Sebuah video kamera papan pemuka insiden itu dimuat naik ke halaman Facebook ROADS.sg pada 6 November.

Rakaman tersebut, diambil sekitar 2.30 pagi, menunjukkan sebuah kereta sedang melalui KJE menuju ke Ekspreswe Bukit Timah (BKE), berhampiran susur keluar Choa Chu Kang, ketika wanita itu tiba-tiba muncul di bahu jalan sebelah kanan.

Dalam klip itu, wanita berkenaan yang berpakaian serba putih kelihatan menolak kereta sorang bayi sambil berjalan di sepanjang lebuh raya.

Menurut akhbar Shin Min Daily, ramai pembaca berkata mereka pernah melihatnya beberapa kali di kawasan Bukit Panjang, Woodlands Road dan Mandai Road.

Seorang netizen menulis bahawa wanita itu sering membawa kereta sorong atau kerusi roda, dan kebiasaannya muncul pada waktu pagi.

“Ini kali pertama saya nampak dia keluar pada waktu malam,” kata seorang lagi yang meninggalkan komen.

Ada juga yang tertanya-tanya sama ada beliau berada dalam keadaan baik.

“Selalunya kita tak tahu apa yang orang lain sedang lalui. Tiada siapa sanggup mempertaruhkan nyawa berjalan di lebuh raya yang berbahaya dengan kereta sorong pada tengah malam. Berhentilah dan bantu jika mampu (membantu),” kata seorang pengguna di YouTube.

Di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya, pejalan kaki tidak dibenarkan berjalan atau berlari di lebuh raya.

Pesalah boleh dikenakan denda sehingga $1,000, penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya sekali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg