Berita Netizen
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga S’pura ditangkap dengan lebih 2,800 vape dalam kereta di Tuas

Dec 3, 2025 | 12:21 PM
Gambar yang dimuat naik di laman Facebook ICA menunjukkan rokok elektronik dan komponen berkaitan disorok di dalam but kereta serta di bawah tempat duduk belakang.
Gambar yang dimuat naik di laman Facebook ICA menunjukkan rokok elektronik dan komponen berkaitan disorok di dalam but kereta serta di bawah tempat duduk belakang. - Foto ICA

Seorang lelaki Singapura berusia 55 tahun ditangkap ketika cuba menyeludup masuk lebih 2,800 rokok elektronik (e-rokok) atau vape dan bahagian berkaitan yang disembunyikan dalam beberapa ruang kereta ke Singapura pada 17 November.

Dalam satu kiriman Facebook pada 1 Disember, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata para pegawai di Pusat Pemeriksaan Tuas telah mengarah kenderaan berdaftar Singapura yang dipandu lelaki tersebut untuk melalui pemeriksaan lanjut.

Gambar yang dimuat naik di laman Facebook ICA menunjukkan rokok elektronik dan komponen berkaitan disorok di dalam but kereta serta di bawah tempat duduk belakang.

Kes tersebut telah dirujuk kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk siasatan lanjut.

“Kawalan sempadan merupakan aspek penting dalam strategi penguatkuasaan terhadap e-rokok.

“Sebagai penjaga sempadan negara, ICA tetap komited dalam menjaga keselamatan Singapura dengan memastikan sempadan kita kekal selamat dan terpelihara,” kata ICA.

Sejak 1 September, individu yang ditangkap memiliki, menggunakan atau membeli vape akan berdepan hukuman lebih berat, termasuk denda lebih tinggi. 

Bagi individu bawah 18 tahun, mereka boleh didenda $500 manakala orang dewasa, boleh didenda $700. Jumlah tersebut meningkat daripada kadar sebelumnya iaitu $300 bagi individu bawah 18 tahun, dan $500 bagi orang dewasa.

Pengguna vape yang dicampur dengan dadah sintetik seperti etomidate atau ketamin – juga dikenali sebagai Kpod – mungkin perlu menjalani program pemulihan dan pengawasan wajib.

Etomidate, yang sebelum ini disenaraikan di bawah Akta Racun, kini disenaraikan sebagai dadah Kelas C di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA) sejak 1 September. 

Penjual Kpod berdepan hukuman lebih berat di bawah akta ini.

Mereka yang ingin berhenti menghisap vape boleh mendapatkan bantuan melalui QuitLine Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) di 1800-438-2000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg