Warga S’pura hidap demensia dilapor hilang di KL

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga S’pura hidap demensia dilapor hilang di KL

Feb 9, 2026 | 4:24 PM

Warga S’pura hidap demensia dilapor hilang di KL

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Seorang warga emas Singapura, Encik Halim Yunos, telah dilaporkan hilang pada 7 Februari. Pakaian terakhirnya adalah baju batik berwarna biru dan coklat dan kali terakhir dilihat di sekitar Anggun Residence, di 4 Jalan Doraisamy, Kualu Lumpur.
Seorang warga emas Singapura, Encik Halim Yunos, telah dilaporkan hilang pada 7 Februari. Pakaian terakhirnya adalah baju batik berwarna biru dan coklat dan kali terakhir dilihat di sekitar Anggun Residence, di 4 Jalan Doraisamy, Kualu Lumpur. - Foto TANGKAP LAYAR INSTAGRAM WAN_TOH

Seorang warga emas Singapura menghidap demensia ringan telah dilaporkan hilang di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 7 Februari, kongsi anak menantu lelakinya menerusi satu hantaran di Instagram, daripada akaun @wan_toh.

Menurut hantaran itu, mangsa yang dikenali sebagai Encik Halim Yunos, kali terakhir dilihat di kawasan sekitar perumahan Anggun Residence, di 4 Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur.

Dalam hantaran itu, menantunya yang dikenali sebagai ‘Wan’ menulis:

“Bapa mentua saya Halim Bin Yunos kini hilang dan mempunyai demensia ringan. Sekiranya sesiapa ternampak beliau atau mempunyai sebarang maklumat, mohon hubungi saya terus di +65 9487 7672.”

Dalam hantaran itu juga, Wan menunjukkan gambar terakhir Encik Halim sebelum hilang yang memakai baju bercorak batik berwarna biru muda dan coklat.

Berita Harian telah menghubungi keluarganya untuk dapatkan maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg