Lebih 100 kucing jalanan kini ditempatkan dalam ruang yang hanya mampu menampung sekitar 50 ekor, lantas mewujudkan keadaan yang semakin sesak di sebuah tempat perlindungan di Johor Bahru.

Demikian suasana yang digambarkan warga Singapura, Cik Nur Amira Jumali, yang sedang berusaha memindahkan kesemua kucing itu ke lokasi baharu sambil berdepan cabaran kewangan dan operasi harian.