Topic followed successfully
Go to BHkuMenangi baucar dalam peraduan foto bertema Raya
Menangi baucar dalam peraduan foto bertema Raya
Menangi baucar dalam peraduan foto bertema Raya
Bagi menyemarakkan lagi semangat Hari Raya pada April, ayuh kongsi gambar-gambar kenangan anda yang berkaitan dengan perayaan ini.
Tema Hari Raya dipilih dalam peraduan bulanan mata-mata pada April bagi memeriahkan lagi suasana Hari Raya di samping memberi ganjaran kepada pembaca yang berkongsi kenangan.
Penyertaan terbaik berpeluang memenangi baucar beli-belah bernilai $100, manakala dua penyertaan terbaik lain masing-masing akan menerima baucar bernilai $50.
Gambar-gambar yang akan disumbang perlu dipastikan milik anda dan individu dalam gambar harus sebaiknya dikenal pasti dan diberikan namanya.
Kami menerima apa sahaja foto – yang baru mahupun lama.
Misalnya, foto yang merakamkan suasana Hari Raya pada era 1960-an atau kenangan menziarahi sanak-saudara semasa 1980-an, atau memori membakar lemang semasa beraya di kampung kesayangan anda.
Usah lepaskan peluang untuk memenangi baucar daripada kami!

