Peraduan bulanan (Mei): Ibu
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kasih emak tiada penghujung

Jun 5, 2024 | 3:42 PM
(kanan) Cik Aisah Bakar bersama ibunya (kiri) Cik Osna Osni semasa meluangkan masa bersama keluarganya di pusat beli-belah IMM.
(kanan) Cik Aisah Bakar bersama ibunya (kiri) Cik Osna Osni semasa meluangkan masa bersama keluarganya di pusat beli-belah IMM. - Foto ihsan oleh Aisah Bakar

Kasih ibu ternyata tidak bersyarat.

Senyuman yang terukir di wajah Cik Osna Osni, dalam gambar kiriman anaknya, Cik Aisah Bakar mencerminkan kebanggaan beliau terhadap anaknya itu yang hidup berdikari.

Dalam kirimannya, Cik Aisah berkata beliau menghargai ibunya kerana telah mengajar kemahiran penting untuk menghadapi liku-liku kehidupan.

Walaupun menghadapi penyakit demensia, Cik Osna masih lagi kenal akan wajah anaknya itu.

Meluahkan harapannya, Cik Aisah berharap ibunya terus gembira dan bangga dengan dirinya.

“Saya akan tetap menyayanginya walau apa sekali pun yang terjadi kerana perngorbanan beliau selama ini,” ujar Cik Aisah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg