Peraduan bulanan (Julai) : Keharmonian kaum
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Raikan kehidupan masyarakat majmuk

Jul 4, 2024 | 12:46 AM
Murid-murid Sekolah Rendah Westwood menyambut Hari Keharmonian Kaum di sekolah pada 22 Julai 2019. Acara tahunan itu mendidik kanak-kanak tentang kepentingan keharmonian antara kaum dalam masyarakat majmuk.
Murid-murid Sekolah Rendah Westwood menyambut Hari Keharmonian Kaum di sekolah pada 22 Julai 2019. Acara tahunan itu mendidik kanak-kanak tentang kepentingan keharmonian antara kaum dalam masyarakat majmuk. - Foto fail

Pengalaman manis meluangkan masa bersama jiran atau rakan sekolah yang berbangsa lain memang tidak asing lagi bagi ramai anggota masyarakat Singapura.

Lantaran itu, sempena Hari Keharmonian Kaum yang jatuh pada Julai ini, mata-mata mengajak anda berkongsi kenangan itu bersama dengan pembaca lain dalam peraduan bulanan kali ini.

Gambar yang ingin dikongsi boleh mengetengahkan apa sahaja memori yang bersangkutan dengan tema keharmonian kaum.

Sebagai contoh, foto anda menyambut ulang tahun atau beriadah bersama rakan-rakan berbangsa asing lain mahupun kegiatan senaman bersama.

Tiga penyertaan terbaik akan dipilih dan penyertaan terbaik akan memenangi baucar beli-belah bernilai $100. Dua pemenang lain akan menerima baucar beli-belah bernilai $50.

Gambar-gambar yang akan disumbang perlu dipastikan milik anda dan individu dalam gambar harus sebaiknya dikenal pasti dan diberikan namanya. 

Kami menerima apa sahaja foto - yang baru mahupun lama. 

Ayuh kirimkan foto anda sekarang!

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg