Memori mendapat gelaran ‘bayi siber’

Dec 1, 2024 | 10:49 PM
Encik Muhd Nur Haziq ketika masih bayi sudah berjinak-jinak bermain komputer di rumah datuknya.
Encik Muhd Nur Haziq ketika masih bayi sudah berjinak-jinak bermain komputer di rumah datuknya. - Foto ihsan oleh Muhd Nur Haziq

Kiriman Encik Muhd Nur Haziq mengimbau kembali detik beliau digelar ‘bayi siber’ oleh keluarganya.

Menulis dalam kirimannya itu, foto tersebut dipetik semasa beliau di rumah datuknya dan kelihatan komputer tersebut jauh lebih besar daripada Encik Haziq yang masih mongel itu.

Kenangan manis semasa bayi inilah yang menjadi pencetus panggilan manja ‘bayi siber’ oleh keluarganya.

Menurut beliau, selepas lulus daripada sekolah menengah, datuknya telah menghadiahkannya sebuah komputer riba dengan harapan dapat mempermudah Encik Haziq dalam menuntut ilmu dan mendalami minatnya dalam bidang digital.

Kini, beliau sedang menimba ilmu di Politeknik Temasek dalam jurusan keselamatan siber dan forensik digital.

Mudah-mudahan cita-cita ‘bayi siber’ untuk menjadi seorang pakar komputer dapat tercapai!

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg