Kongsi gambar bertema kasih sayang dan menang hadiah!
Feb 6, 2025 | 5:21 PM
Mata-mata mengajak pembaca berkongsi gambar kenangan bertema kasih sayang seperti yang dirakamkan antara ibu beruang panda terkenal Jia Jia terhadap anaknya, Le Le yang dilahirkan di Singapura. - MANDAI WILDLIFE GROUP
Hidup tanpa kasih sayang ibarat dunia yang kelam tanpa cahaya.
Pada Februari ini, mata-mata mengajak para pembaca untuk meraikan tema kasih sayang.
Kongsikan apa sahaja memori indah yang menggambarkan kasih sayang seperti hari bahagia anda membina mahligai bersama pasangan atau menyambut kepulangan orang tersayang dari perantauan.
Gambar dikongsi tidak kira baru atau lama.
Tiga pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik!
Gambar-gambar yang akan disumbang perlu dipastikan milik anda dan individu dalam gambar harus sebaiknya dikenal pasti dan diberikan namanya.
Ayuh, tunggu apa lagi!
Laporan berkaitan
Kongsi kenangan terindah pada 2024!Jan 9, 2025 | 5:16 PM
Menangi baucar dalam peraduan foto bertema percutianDec 4, 2024 | 3:41 PM

