Kongsi gambar memori Ramadan dan menang hadiah!

Mar 18, 2025 | 12:15 PM

Masyarakat Islam menjalankan solat tarawih di kolong Blok   450 Tampines Street 42 pada 1 Mac 2025. Umat Islam di Singapure mula berpuasa pada 2 Mac.
Masyarakat Islam menjalankan solat tarawih di kolong Blok 450 Tampines Street 42 pada 1 Mac 2025. Umat Islam di Singapure mula berpuasa pada 2 Mac. - The Straits Times

Ramadan tiba...Ramadan tiba.

Demikian bait lagu popular yang sekaligus turut mencerminkan keghairahan masyarakat Melayu/Islam di Singapura setiap kali Ramadan kunjung tiba.

Sempena bulan yang suci ini, Ramadan telah dipilih sebagai tema dalam peraduan bulanan mata-mata pada Mac.

Kongsikan apa sahaja kenangan manis di bulan ini seperti berbuka puasa bersama keluarga tersayang, sesi bertarawih di masjid pilihan atau kunjungan ke bazar Ramadan untuk membeli keperluan Hari Raya mahupun juadah iftar.

Gambar dikongsi tidak kira baru atau lama.

Tiga pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik!

Gambar-gambar yang akan disumbang perlu dipastikan milik anda dan individu dalam gambar harus sebaiknya dikenal pasti dan diberikan namanya. 

Ayuh, tunggu apa lagi!

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg