Zaliha cakap Tamil, Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:53
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup0

Zaliha cakap Tamil

Akan muncul dalam siri drama ‘Tamil.com’ di saluran Vasantham
Jun 08, 2014 | 06:00 AM

SUDAH lebih 40 tahun pelakon dan pelawak Zaliha Hamid berkecimpung dalam industri hiburan tanah air.

Sepanjang pelibatannya itu, beliau telah diberikan peluang melakonkan pelbagai watak.

Beliau bukan sahaja telah diberi peluang melakonkan watak berbahasa Melayu malah sudah biasa melakonkan watak berbahasa Inggeris, Mandarin dan pelbagai dialek Cina.

Namun, Zaliha, 68 tahun, masih belum puas lagi. Beliau masih menantikan satu watak istimewa - berlakon dalam bahasa Tamil pula.

Namun, penantian berpuluh tahun Zaliha, yang lebih dikenali sebagai Kak Liha di kalangan rakan artis, berakhir sudah apabila beliau diundang syarikat penerbitan Blue River Pictures berlakon dalam siri drama Tamil.com yang bakal ditayangkan di saluran Vasantham.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

''Memang ditunggu-tunggu. Sekarang dah lengkap saya berlakon dalam empat bahasa rasmi Singapura,'' katanya sambil tertawa kecil.

Menurut penolong pengarah Blue River Pictures, Encik Abbdul Kather, Zaliha dipilih kerana perwatakannya girang.

''Kami mula bekerjasama dengan beliau bagi drama Inggeris, Common Space, yang ditayangkan di Saluran 5. Beliau seorang yang girang dan sudah berlakon pelbagai watak. Beliau sangat versatil dan boleh mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat. Kami melihat potensinya berlakon dalam drama berbahasa Tamil,'' kata Encik Abbdul Kather.

Menurut Zaliha, dalam drama itu beliau berlakon sebagai pegerai yang mempelajari bahasa Tamil demi mendapatkan lebih ramai pelanggan.

''Bapa saya Bengali. Saya pun ramai jiran keturunan India. Jadi bahasa Tamil dan Hindi tidak asing bagi saya.

''Saya dah biasa dengar. Kalau setakat cakap pasar tu bolehlah. Bila nak baca skrip pula, syarikat penerbitan sediakan skrip bahasa Tamil yang ditulis menggunakan huruf Rumi, jadi taklah sukar saya hafal,'' katanya.

Namun, beliau akui dalam banyak bahasa yang dipelajari, bahasa Tamil antara yang paling sukar sebutannya.

''Kalau bahasa Mandarin, nak sebut perkataannya tidak begitu sukar cuma perlu tahu tonasinya. Lain tonasi, lain makna.

''Kalau Tamil, bukan setakat tonasi, nak sebut perkataannya pun susah. Sampai bergulung-gulung lidah. Kalau tak gulung lidah, tak sedap bunyinya.

''Tapi, nasib baik saya ada jiran bangsa India yang boleh bantu betulkan sebutan saya,'' katanya yang sudah berlakon dan melawak sejak 1970-an lagi ketika usianya sekitar 25 tahun.

Beliau juga berkongsi bahawa ketika berbahasa Tamil buat kali pertama semasa penggambaran, beliau menyebabkan pihak penerbitan risau.

''Mereka risau sebab bahasa Tamil saya terlalu bagus. Memandangkan watak saya baru belajar bahasa Tamil, mana mungkin watak saya boleh bertutur dengan begitu baik. Jadi mereka potonglah dialog saya,'' katanya yang memang cukup ramah dan mudah mesra.

Selain bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin, Zaliha juga boleh bertutur dialek Hokkien, Kantonis, Teochew dan Hailam.

''Kalau dialek Hakka, saya boleh faham apa yang mereka cakap, cuma tak faham nak jawab,'' katanya, yang masih aktif berlakon dan berlawak.

Katanya, beliau bersyukur kerana diberikan Allah kemudahan mempelajari pelbagai bahasa.

Walaupun sudah boleh dikategorikan sebagai golongan warga emas, Zaliha masih tetap ligat bekerja.

Malah, kecederaan pada pinggul dan kaki yang dialaminya sebelum ini juga sedikit pun tidak menyebabkan beliau terfikir bersara atau mengurangkan kegiatannya.

''Memang sebenarnya saya dah tak payah kerja. Kerja ni bukan apa, saja nak isi masa dan pastikan saya aktif. Saya aktif sebab saya nak jauhkan penyakit nyanyuk. Macam yang selalu diperkatakan, penuaan aktif.

“Kalau hujung minggu, ada orang panggil jadi deejay majlis kahwin, saya pergilah. Daripada duduk rumah, dapat juga makan percuma,” katanya, sambil tertawa.


“Memang ditunggu-tunggu. Sekarang dah lengkap saya berlakon dalam empat bahasa rasmi Singapura.”

– Zaliha Hamid yang diundang berlakon dalam siri drama ‘Tamil.com’

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map