TANGKAK (Johor): Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pada November ini.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rundingan dalam kalangan parti PN termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan GERAKAN akan diadakan segera untuk memastikan kemenangan gabungan itu dalam PRN nanti.





