PERTUBUHAN AMP Singapura menyambut ulang tahunnya yang ke-30 tahun ini dengan melancarkan kempen tajaan jamuan malam kepada 1,200 penerima bantuan, sebagai pengganti jamuan gala yang tidak dapat dianjurkan akibat langkah pengurusan selamat Covid-19.
Daripada 1,200 penerima bantuan itu, 123 merupakan benefisiari di tempat perlindungan krisis Casa Raudha, New Hope Community Services dan Star Shelter.





