Jumlah laporan kenderaan dibatalkan pendaftarannya yang digunakan telah meningkat sejak 2024, sejajar dengan usaha penguatkuasaan yang dipertingkat pihak berkuasa, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Semasa menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), LTA berkata sejak Januari 2026, pihak mereka telah menyiasat lebih 248 kes dan merampas 440 kenderaan sedemikian, termasuk kenderaan yang diserahkan kepada agensi itu oleh agensi penguatkuasaan lain.





