Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (lima dari kiri) dan Perdana Menteri Laos, Encik Saleumxay Kommasith (lima dari kanan) bertemu secara rasmi buat kali pertama di Sidang Kemuncak Asean ke-49 di Manila, Filipina pada 16 November.
SingapuraNov 16, 2026 | 6:55 PM

S’pura, Laos bincang perbaharu kerjasama tenaga, tangani jenayah rentas sempadan

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan rakan sejawatnya dari Laos, Encik Saleumxay Kommasith, bertemu secara rasmi buat kali pertama di Sidang Kemuncak Asean ke-49 di Manila, Filipina pada 16 November.

Dalam satu hantaran media sosial, Encik Wong berkata mereka telah membincangkan cara memperkukuh kerjasama antara Singapura dengan Laos, termasuk dalam tenaga boleh diperbaharui dan menangani jenayah rentas sempadan.

Cawangan Ilham Child Care di Primz Bizhub di Woodlands Close yang ditutup pada Ogos lalu antaranya berpunca daripada masalah aliran tunai yang didakwa menyebabkan kelewatan pembayaran gaji kakitangan pengendali itu sejak Jun 2026.
SingapuraNov 16, 2026 | 7:45 PM

MOM siasat pengendali Ilham Child Care, ECDA pantau operasi

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang menyiasat pengendali pusat jagaan kanak-kanak Ilham Global berhubung kemungkinan kesalahan tidak membayar gaji di bawah Akta Pekerjaan, menyusuli aduan sejak Jun lalu.

MOM memaklumkan ia menerima maklum balas mengenai kelewatan pembayaran gaji pada Jun dan September 2026.

Ketua jurulatih Singa, Gavin Lee (kanan) dan penyerang Ilhan Fandi menegaskan pasukan negara akan tetap cuba untuk menang walaupun berdepan juara Piala Dunia lima kali, Brazil.
SukanNov 16, 2026 | 7:24 PM

S’pura tetap buru kemenangan jelang perlawanan tentang juara Piala Dunia lima kali, Brazil

Skuad Singa tidak berhasrat mahu mengubah prinsip permainan mereka semata-mata kerana bakal berdepan gergasi bola sepak dunia, Brazil, di Stadium Negara pada 17 November.

Ketua jurulatih Singapura, Gavin Lee, menegaskan bahawa barisan pemainnya akan turun ke padang dengan tujuan untuk menang, sambil mengekalkan pendekatan persiapan sama seperti yang dilakukan ketika menentang Paraguay dalam perlawanan persahabatan sebelum ini.

Seramai 482 graduan berusia 16 tahun dan ke atas dan terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya telah tamat pengajian Islam mereka dan diraikan sewaktu Majlis Konvokesyen IPIP pada 7 November 2026 di Auditorium Stephen Riady, NTUC Centre.
SingapuraNov 16, 2026 | 7:02 PM

Seramai 482 graduan IPIP diraikan susulan tamat pengajian Islam

Seramai 482 graduan telah menamatkan pengajian mereka di Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) dan diraikan sewaktu Majlis Konvokesyen IPIP pada 7 November di Auditorium Stephen Riady, NTUC Centre.

Majlis Konvokesyen yang diadakan buat kali keenam itu bertujuan untuk merai dan menghargai kesungguhan para graduan dalam pengajian, bimbingan asatizah serta sokongan padu keluarga sepanjang pengajian.

Projek merombak kawasan Somerset, pelbagai kemudahan buat golongan belia, persembahan terbuka, ruang berumput untuk belia bersantai bersama rakan, serta ruang kerja bagi merealisasikan idea kreatif, Somerset Belt, *Scape
SingapuraNov 16, 2026 | 6:25 PM

Somerset Belt bakal dilengkapi tempat santai belia baharu, ruang persembahan, taman luncur jelang 2028

Projek merombak kawasan Somerset bakal menyediakan pelbagai kemudahan buat golongan belia, termasuk persembahan terbuka, ruang berumput untuk belia bersantai bersama rakan, serta ruang kerja bagi merealisasikan idea kreatif.

Somerset Belt, iaitu kawasan merangkumi hab belia *Scape hingga kemudahan sukan aksi Trifecta, akan dibuka secara berperingkat mulai hujung 2027. Kerja pembinaan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2028.

Antara cabaran utama yang dihadapi keluarga yang menerima bantuan ComLink+ termasuk tanggungjawab menjaga anak kecil, membesarkan anak sebagai ibu atau bapa tunggal serta mempunyai anggota keluarga dengan sejarah pemenjaraan.
SingapuraNov 16, 2026 | 6:00 PM

MSF: Jaga anak kecil, rekod penjara antara cabaran keluarga ComLink+

Tanggungjawab menjaga anak kecil berusia enam tahun ke bawah merupakan antara cabaran utama yang dihadapi keluarga berpendapatan rendah di bawah ComLink+. Demikian didedahkan Laporan Trend Sokongan Isi Rumah Berpendapatan Rendah 2026 yang diterbitkan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 16 November.

Laporan tersebut turut menyingkap bahawa separuh daripada keluarga yang menerima bantuan ComLink+ itu masih belum mencapai tahap kestabilan...

Sokongan Kos Sara Hidup MUIS ringankan beban ibu tunggal 4 anak
Play Video

https://www.beritaharian.sg/singapura/pub-cuba-kenderaan-pengepam-kawalan-jauh-tangani-banjir-lebih-pantas
Play Video

Abdul El-Sayed cipta sejarah, Muslim pertama dipilih ke Senat AS
Play Video

Pelaburan $28b di JS-SEZ dilulus, potensi cipta lebih 28,000 kerja
Play Video

PM Wong: Pemerintah PAP mesti rancang masa depan, buat pilihan sukar demi S'pura
Play Video