PERENANG Toh Wei Soong hampir membawa pulang pingat untuk negara, namun terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keempat sewaktu aksi final acara kuak kupu-kupu 50 meter S7 lelaki di Sukan Paralimpik Tokyo semalam.
Atlet berusia 22 tahun itu memecahkan rekod negaranya buat kali kedua di Pusat Akuatik Tokyo selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29.50 saat, hanya beberapa saat di belakang...





