PENIPUAN yang melibatkan e-mel palsu, mesej teks dan iklan semakin meningkat, polis memberi amaran semalam.
Sejak Ogos, sekurang-kurangnya 93 mangsa kehilangan $140,000, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) menerusi satu kenyataan akhbar.
Mangsa serangan phishing (pancingan data) terbaru menerima e-mel palsu atau mesej teks yang kononnya dihantar oleh syarikat penghantaran seperti SingPost dan DHL.
Mereka meminta mangsa untuk memeriksa status penghantaran...




