KEBANYAKAN murid Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah tidak akan kembali ke sekolah minggu hadapan apabila cuti penggal seminggu berakhir, dengan sekolah tersebut mengambil langkah berjaga-jaga tambahan untuk melindungi mereka.
Ini selepas lapan murid darjah empat dari kelas yang sama disahkan positif bagi Covid-19.





