Simba mengaku memasang peralatan rangkaian 5G tanpa kebenaran di dua lokasi pada 2023, serta gagal mematuhi perintah mengemukakan dokumen yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).
EkonomiNov 17, 2026 | 3:39 PM

Simba mengaku salah guna spektrum secara sengaja; pengarah bakal letak jawatan

Syarikat telekomunikasi Simba telah mengaku menyalahgunakan jalur spektrum secara sengaja serta gagal mematuhi arahan pihak berkuasa, susulan beberapa siri dakwaan yang dibuat pada Oktober oleh pengawal selia telekom negara.

Dalam pemfailan di Bursa Sekuriti Australia pada 17 November, syarikat induk Simba, Tuas Limited, memaklumkan bahawa pengarah syarikat telekomunikasi itu, Encik Richard Tan, akan meletakkan jawatan tertakluk kepada kelulusan pengawal selia,...

Tempahan menerusi aplikasi Zig by ComfortDelGro perlu dibuat sekurang-kurangnya empat jam lebih awal.
SingapuraNov 17, 2026 | 3:42 PM

Tempah teksi ke JB sepanjang masa melalui aplikasi Zig CDG mulai 23 Nov

Mulai 23 November, pengembara ke Johor Bahru dan pulang ke Singapura boleh menempah teksi menerusi aplikasi Zig by ComfortDelGro (CDG) antara tujuh hari hingga empat jam sebelum perjalanan, dengan tambang tetap dipaparkan terlebih dahulu.

Tempahan juga boleh dibuat menerusi talian 6552-1111. Perkhidmatan rentas sempadan itu berkhidmat 24 jam sehari.

Ibu bapa boleh mengemukakan pilihan sekolah menengah dan aliran pendidikan anak mereka bagi penyertaan ke Menengah 1 secara dalam talian mulai 11.30 pagi pada 24 November hingga 4.30 petang pada 30 November.
SingapuraNov 17, 2026 | 3:35 PM

Keputusan PSLE diumumkan pada 24 Nov

Murid yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 2026 akan menerima keputusan mereka pada 11 pagi, 24 November, umum Kementerian Pendidikan (MOE) pada 17 November.

Dalam satu kenyataan bersama, MOE dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) berkata persiapan telah dibuat bagi membolehkan calon mengambil keputusan di sekolah rendah masing-masing.

Mauricio Pochettino mengendalikan perlawanan terakhirnya bersama Amerika Syarikat pada 17 November sebelum berpindah ke Manchester United.
SukanNov 17, 2026 | 3:25 PM

Pochettino: Jadi jurulatih lebih baik selepas kendali AS, yakin dapat bina semula Man U

LOS ANGELES: Mauricio Pochettino berkata tempoh bersama pasukan Amerika Syarikat telah menjadikannya jurulatih yang “jauh lebih baik” dan yakin bahawa barisan kejurulatihannya mampu menyesuaikan diri serta-merta untuk membangunkan semula Manchester United.

Pochettino akan mengendalikan perlawanan suku akhir kedua Liga Negara-Negara Bola Sepak Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean (Concacaf) menentang Haiti sebelum terbang ke England untuk memulakan tugas sebagai jurulatih...

Eksport Bukan Minyak Dalam Negeri (Nodx) Singapura meningkat dengan ketara pada Oktober, meneruskan pertumbuhan yang dicatatkan pada September, eksport cip, sekatan Amerika Syarikat ke atas China, permintaan bagi AI, ketidaktentuan pasaran
EkonomiNov 17, 2026 | 3:21 PM

Eksport utama S’pura melonjak 79.8% pada Okt, namun peraturan cip AS cetus ketidaktentuan

Eksport Bukan Minyak Dalam Negeri (Nodx) Singapura meningkat dengan ketara pada Oktober, meneruskan pertumbuhan yang dicatatkan pada September.

Peningkatan itu didorong terutamanya oleh eksport barangan bukan elektronik yang kukuh.

Portugal mengalami kekalahan mengejutkan 4-1 kepada Denmark, namun hanya memerlukan satu mata di Cardiff untuk memastikan kedudukan teratas Kumpulan A4 Liga Negara-Negara.
SukanNov 17, 2026 | 3:18 PM

Bayang Ronaldo masih hantui jurulatih Portugal, Jesus 

LONDON: Jurulatih Portugal, Jorge Jesus, mempersoalkan sampai bila beliau perlu terus menjawab soalan mengenai persaraan Cristiano Ronaldo daripada pasukan kebangsaan.

Kenyataan itu dibuat selepas Portugal tewas 4-1 kepada Denmark, yang turut mengundang kritikan daripada ibu Ronaldo, Cik Dolores Aveiro.

Sokongan Kos Sara Hidup MUIS ringankan beban ibu tunggal 4 anak
Play Video

https://www.beritaharian.sg/singapura/pub-cuba-kenderaan-pengepam-kawalan-jauh-tangani-banjir-lebih-pantas
Play Video

Abdul El-Sayed cipta sejarah, Muslim pertama dipilih ke Senat AS
Play Video

Pelaburan $28b di JS-SEZ dilulus, potensi cipta lebih 28,000 kerja
Play Video

PM Wong: Pemerintah PAP mesti rancang masa depan, buat pilihan sukar demi S'pura
Play Video