Murid yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 2026 akan menerima keputusan mereka pada 11 pagi, 24 November, umum Kementerian Pendidikan (MOE) pada 17 November.
Dalam satu kenyataan bersama, MOE dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) berkata persiapan telah dibuat bagi membolehkan calon mengambil keputusan di sekolah rendah masing-masing.





