MONZA (Italy): Lewis Hamilton berkata alat keselamatan yang dipasangkan di rangka kereta lumba Formula Satu (F1) telah menyelamatkan nyawanya, selepas keretanya terlibat dalam kemalangan teruk di Grand Prix Italy.
Pemandu berusia 36 tahun itu, yang juga juara F1 tujuh kali, berlanggar dengan kereta Red Bull yang dipandu Max Verstappen, dengan kenderaan Verstappen 'menunggang' kereta Hamilton dari belakang selama beberapa ketika.





