Penyerang Singa Ilhan Fandi meraikan jaringan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Hong Kong di Stadium Kai Tak pada 18 November 2025 yang mengesahkan tiket bersejarah Singapura ke Piala Asia.
SukanNov 18, 2026 | 8:00 PM

Setahun penuh turun naik Singa: Dari kemuncak di Hong Kong kepada tamparan samba Brazil

Setahun lalu, Singapura berada di puncak kegembiraan selepas mencipta sejarah dengan melayakkan diri ke Piala Asia menerusi merit buat kali pertama, hasil kemenangan dramatik 2-1 ke atas Hong Kong di Stadium Kai Tak pada 18 November 2025.

Namun, menjelang ulang tahun bersejarah itu, skuad Singa terpaksa menelan hakikat pahit tentang betapa jauhnya perjalanan yang masih perlu mereka tempuhi untuk bersaing...

Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow (tengah), diberi taklimat tentang proses penyenggaraan mesin pengalih landasan oleh wakil penyedia penyelesaian pengangkutan, Siemens Mobility, di hab Penyenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) baharu SBS Transit. Bersama beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SBS Transit, Encik Jeffrey Sim (dua dari kanan).
PengangkutanNov 18, 2026 | 8:00 PM

Khidmat senggara baru SBS Transit sasar kurangkan masa pembaikan komponen bas, rel

SBS Transit (SBST) akan memperkenalkan khidmat penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) baharu di depoh bas dan kereta apinya.

Langkah itu merupakan sebagai sebahagian usaha mengurangkan kebergantungan kepada khidmat penyenggaraan di luar negara serta memendekkan tempoh pembaikan daripada berbulan-bulan kepada hanya beberapa hari.

Menteri Kanan, Encik K. Shanmugam, telah menziarahi keluarga mangsa nahas jalan raya di Tampines yang meragut nyawa sepasang suami isteri, termasuk si isteri yang sedang hamil, dan meninggalkan anak lelaki mereka yang berusia enam tahun.
SingapuraNov 18, 2026 | 7:49 PM

Shanmugam ziarah keluarga pasangan maut dalam nahas Tampines

Menteri Kanan, Encik K. Shanmugam, telah menziarahi keluarga mangsa nahas jalan raya di Tampines yang meragut nyawa sepasang suami isteri, termasuk si isteri yang sedang hamil, dan meninggalkan anak lelaki mereka yang berusia enam tahun.

Dalam satu hantaran Facebook pada 18 November, Encik Shanmugam berkata beliau mengunjungi keluarga tersebut baru-baru ini bersama sukarelawan cawangannya serta kakitangan daripada Persatuan Dana Amanah...

ERP 2.0, caj satelit, sistem gantri
SingapuraNov 18, 2026 | 7:46 PM

Gantri ERP mula ditanggal jelang peralihan kepada sistem caj satelit 1 Jan

Pemandu akan perlu bergantung kepada tanda jalan dan peringatan unit dalam kenderaan (OBU) untuk mengetahui lokasi caj Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) dikenakan, selepas kebanyakan gantri ditanggalkan susulan peralihan kepada sistem caj berasaskan satelit mulai 1 Januari 2027.

Gantri ERP sedia ada akan ditanggalkan atau diubah suai secara berperingkat menjelang Jun 2027, selepas itu sistem satelit akan digunakan untuk mengenakan...

Dr Michael Spence (kiri) dari Universiti Stanford dan Encik Ravi Menon, mantan Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dalam sesi perbincangan panel mengenai kesan kecerdasan buatan (AI) terhadap pekerjaan.
SingapuraNov 18, 2026 | 7:19 PM

AI boleh ‘perkasa atau singkirkan pekerja muda’, pilihan di tangan kita, kata ahli panel SFF 2026

Kesan perkembangan kecerdasan buatan (AI) terhadap pekerjaan menjadi tumpuan penceramah di Pesta Teknologi Kewangan Singapura (SFF) pada 18 November.

Antara pandangan yang dikemukakan ialah AI memerlukan penerimaan masyarakat sebelum ia boleh digunakan secara meluas.

latihan pekerjaan, Mendaki NP, belia Melayu Islam
SingapuraNov 18, 2026 | 6:48 PM

Poly Ngee Ann, Mendaki tawar latihan kerja kepada belia, dewasa

Seramai 3,000 belia dan dewasa Melayu/Islam, termasuk suri rumah yang berminat kembali bekerja, berpeluang mengikuti lebih banyak latihan berkaitan pekerjaan, pendedahan kepada industri serta sokongan pembangunan kemahiran menerusi satu inisiatif baharu.

Ini menyusuli satu Memorandum Persefahaman (MOU) baharu yang dimeterai antara Yayasan Mendaki dengan Politeknik Ngee Ann (NP) pada 18 November.

Sokongan Kos Sara Hidup MUIS ringankan beban ibu tunggal 4 anak
Play Video

https://www.beritaharian.sg/singapura/pub-cuba-kenderaan-pengepam-kawalan-jauh-tangani-banjir-lebih-pantas
Play Video

Abdul El-Sayed cipta sejarah, Muslim pertama dipilih ke Senat AS
Play Video

Pelaburan $28b di JS-SEZ dilulus, potensi cipta lebih 28,000 kerja
Play Video

PM Wong: Pemerintah PAP mesti rancang masa depan, buat pilihan sukar demi S'pura
Play Video