WASHINGTON: Panglima tentera Amerika Syarikat, Jeneral Kenneth McKenzie, mengakui tentera negara itu tersilap ketika melancarkan serangan dron di Kabul bulan lalu yang menyebabkan 10 orang awam terkorban, termasuk kanak-kanak.
Beliau berkata, serangan berkenaan mensasarkan suspek pengganas Daesh selepas pihak perisikan menerima maklumat kumpulan terbabit dipercayai mahu melancarkan serangan di lapangan terbang Kabul, pada 29 Ogos lalu.





