DIKELILINGI pelbagai muzium seni di kawasan pusat bandar ketika menuntut di Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Encik Mohamad Zaki Jumahri sering mengunjungi tempat-tempat itu setiap kali beliau berasa tertekan atau perlu berehat daripada belajar.
Walaupun terdedah kepada pelbagai karya seni itu, lulusan sarjana muda undang-undang itu tidak pernah menyangka bidang guaman seni akan menjadi kepakarannya.





