SEORANG pengawal keselamatan berusia 49 tahun yang kurang senang dengan rakan sekerjanya yang dirasakan terlalu banyak mengumpat telah menuang sanitiser tangan ke dalam botol air wanita itu sebagai satu usikan untuk 'membasuh mulut' rakannya itu.
Mangsa, yang juga seorang pengawal keselamatan, mengalami sakit dan kegatalan pada tekaknya selepas minum air daripada botol itu. Beliau bagaimanapun tidak mendapatkan rawatan perubatan.





