Menteri Kanan, Encik K. Shanmugam, telah menziarahi keluarga mangsa nahas jalan raya di Tampines yang meragut nyawa sepasang suami isteri, termasuk si isteri yang sedang hamil, dan meninggalkan anak lelaki mereka yang berusia enam tahun.
Dalam satu hantaran Facebook pada 18 November, Encik Shanmugam berkata beliau mengunjungi keluarga tersebut baru-baru ini bersama sukarelawan cawangannya serta kakitangan daripada Persatuan Dana Amanah...





