KABUL: Pentadbiran Taleban menggesa syarikat penerbangan antarabangsa menyambung operasi penerbangan ke Kabul, kerana semua masalah teknikal di lapangan terbang utama Afganistan itu sudah diselesaikan.
Kemudahan di lapangan terbang Kabul rosak teruk ketika perpindahan lebih 120,000 orang pada 30 Ogos menyusuli pengunduran terakhir tentera Amerika Syarikat. Sejak itu, hanya penerbangan sewa beroperasi, walaupun Pakistan International Airlines (PIA), Iran Mahan Air dan...





