WELLINGTON: Jumlah kes harian koronavirus New Zealand melonjak ke paras tertinggi dalam beberapa minggu, menjejas lagi usaha negara itu menghapuskan jangkitan varian Delta di sana.
Penguasa kesihatan melaporkan 45 kes baru semalam, kesemuanya di kota terbesar Auckland, menjadikan kes dalam penularan terkini berjumlah 1,230. Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding lapan kes kelmarin, dan bilangan kes harian tertinggi sejak 2...




