KEMBALINYA pengukir arca Aki Hassan ke Singapura sewaktu bermulanya pandemik Covid-19 pada Mac tahun lalu membuatnya bimbang akan mati kutu kerana kegiatan seni yang mungkin terhenti dek sekatan acara luar.
Tambahan pula, kerana banyak peralatan seninya masih tertinggal di Glasgow, Scotland, setelah empat tahun memburu ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Seni Halus di Sekolah Seni Glasgow, tidak dapat diluputkan keresahan...





