Ibu bapa yang mahu mengelakkan sikap ‘pakai buang’ dalam diri anak-anak mereka boleh menggunakan buku, ‘Si Mangkuk Tingkat yang Berjasa’, bagi mengetengahkan mesej tersebut.
Buku dwibahasa sulung karya, Siti Nurshahira Mohamed Osman, itu memperkenalkan pembaca muda kepada barangan harian yang digunakan pada zaman ibu bapa atau datuk nenek mereka, yang masih kekal relevan serta digunakan hari ini, iaitu mangkuk tingkat...




