CITA-CITANYA untuk mengeluarkan kajian sains tersendiri serta berbakti semula kepada masyarakat adalah antara faktor utama beliau bekerja keras di sekolah dari dulu hinggalah sekarang.
Bekas pelajar Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Encik Ahmad An-Nafees Mohd Najib, 17 tahun, memang meminati bidang sains dan matematik kerana menurutnya, "beliau seorang yang lebih cenderung pada logik".





