SETIAP malam Khamis selepas maghrib, lima beradik bersama ayah mereka akan kelihatan menyusun lebih 20 kotak kosong dalam sekitar lima barisan yang teratur di lobi lif di luar flat HDB mereka.
Siap dengan alat keselamatan khas peribadi, pelitup bercetak tengkorak, dan senapang mainan 'Nerf' mereka, lif lobi tingkat sembilan di satu blok di Pasir Ris Street 72 itu menjadi sebuah...





